Kehidupan awal Farrish_Zaquan_bin_Ramli

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1974 di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau mempunyai seorang adik perempuan. Membesar di Ulu Kinta, Cat mendapat pendidikan di SMK St. Anthony Teluk Intan. Menurutnya, semasa konsert Jelajah Era di Teluk Intan, Cat menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records, beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan Hakikat di kampung halamannya.